Friday, August 20, 2010

malam itu

ku pejamkan mata ku diamkn bicara
sendirian aku dimalam hari
ku dengar bunyian malam
waktu terasa begitu lambat sekali
jauh dari siang hari

malam lailatul qadar
lebih baik daripada seribu bulan
adakah perlu aku menunggunya?
adakah perlu aku mencarinya?
di malam-malam ramadhan.

sesungguhnya ia milikNYA
dan rahmat dariNYA
kepada sesiapa yg dikehendaki
dan DIA lebih mengetahui

ku hidupkn pelita di malam hari
ku bentangkan tikar ke arah kiblat
siapa aku hendak meminta malam itu
sedang aku cume hamba yg zalim
berharap cme kepada malam itu

malang nasib ku mensia-siakan malam lain
celaka diriku melepaskan malam lain
kini ku tahu, malam itu milikNYA
yg ku cari bukan malam itu,tapi..
rahmat Allah terhadap diri ku
keampunan Allah terhadap diri ku
yg perlu dicari pada tiap2 malam..

Monday, August 16, 2010

masa bkn milik kita

“Waktu adalah sebuah gambaran bergerak dari kekekalan” – Plato –

masa dahulu tinggal kenangan. segala yg berlaku pada masa kini menjadi masa lepas..
masa depan hanya impian. segala yg berlaku pada masa kini menentukan masa depan...
masa kini, indah atau tidak, senang atau susah, itu sahaja kita ada...
nikmati masa yg ada, hargailah owg disekeliling di masa kini,kelak mungkin tiada lagi..

kadang2 masa yg lame trase sekejap skali,
kadang2 masa yg singkat trase lame sekali,
adakah ianya satu ilusi??

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan



kini ramadhan tiba lagi, ramai gak yg mengucapkan selamat berpuasa di fesbuk.
x kurang gak tag gambar-gambar sempena ramadhan ini.

tpi entahla, setiap kali ramadhan perasaan itu dtg agy..
walaupun stelah 3 tahun berlalu..kenangan itu masih jelas...
sesungguhnya demi masa manusia itu kerugian, kecuali mereka menghargainya...
masa tidak dpt berulang kembali, nikmati la setiap detik yg ade walaupun kite rase detik itu detik yg x menarik..

kini ramdhan tiba lagi, azan maghrib menjadi sesuatu yg ditunggu2,
kini ramadhan tiba lagi, makan bersame2 terase begitu manis,
kini ramadhan tiba lagi, suasana terase begitu lain skali,
nmun, memori ramadhan tidak akan ku lupakan...

"selamat berpuasa dan menjalani ibadah puasa"

Thursday, July 29, 2010

GagAL cuMA sATu iLusi...



bgaimana kite memandang suatu kegagalan?
teruk ke apabila kita gagal? malu?
knape timbul sifat2 yg demekian apabila kita gagal??



gagal periksa, kalah, tdk dapt ap yg diimpikan, kite sering akan dinilai ataw di'gred'kn sebgai GAGAL
gagal bley didefinisikan sebgai kalah, celaka, salah, tdk menjadi, memalukan, bla..bla..bla..dan bla..bla(ape2 yg negatif)

persoalan??

adakah kegagalan itu wujud??

kalau kegagalan itu wujud..cube kamu terang kan tentang penciptaan mentol lampu.
Thomas Edison, pencipta mentol telah melakukan 3000 uji kaji sebelum menemui bahan paling sesui untuk dijadikan filamen mentol. Beliau tidak pernah hilang kesabaran setiap kali uji kaji beliau gagal, bahkan berkata, “aku telah mempelajari bagaimana untuk tidak membuat mentol”.



cmner kite nak menerangkn perkara diatas? kalau kegagalan itu menghasilkan kejayaan,
adakah kegagalan itu suatu kegagalan. malah ke'gagal'an itu merupakan tangga-tangga kepada kejayaan. layakkah kite memanggilnya sebagai tangga kegagalan? sedangkn di penghujung tangga tersebut adalah kejayaan..



ataw............

jika kegagalan adalah tangga kejayaan...maka sepatutnya kite gantikan ke'gagal'an itu
dgn perkataan "kejayaan kecil" dan penghujung tngge kejayaan sbgai "kejayaan besar/akhir".



tuhan tidak mencipta kegagalan, tetapi manusia yg memikirkan ia sbg satu kegagalan..

knape manusia boleh berfikir smpai begitu sekali?
mungkin kerana sudah terbiasa dgn sistem yg sedia ada..
sebuah sistem yg meng'gred' manusia dgn gred A, B, C, D, E, Gagal/Fail!!

hakikatnya disebakan ke'gagal'an itu kite tahu ape yg perlu dilakukan utk berjaya.
hnya owg2 yg berputus asa shaje yg memikirkan itu sebgai gagal dan gagal itu teruk!
perkataan gagal dicipta oleh owg berputus asa yg lahir drpd fikiran merekas sendiri,
alangkah ruginye mereka.

hakikatnya, gagal itu cume satu ilusi yg dicipta oleh owg yg berputus asa kerana kita sentiasa diberi kejayaan(rahmat). tetapi kite mencemarinya dgn perkataan GAGAL.


"GAGAL TIDAK PERNAH WUJUD"



Wednesday, July 28, 2010

conteng-conteng")



contenglah si kertas putih,
dengan pen atau pensel,
contenglah helain kosong,
dengan krayon atau pensel warna,

cemarilah kekosongan dengan contengan,
kotorilah keputihan dengan contengan,
contenglah apa engkau suka,
jangan malu-malu untuk menconteng,

hodoh sungguh contengan itu,
tidak dapat gambaran atau difahami,
kadang kala si penconteng pun keliru,
di buang si hakim contengan kotor itu,

genggamlah si kecil alat menulis,
contenglah apa yang kau suka,
walaupun tidak dimengerti,
disindir dan diketawakan.

kelak contengan mu menjadi abjad,
esok contengan mu menjadi lukisan,
suatu hari contengan mu di pandang orang,
dan semua itu bermula dengan contengan.